Sunday, March 23, 2008

Bongkah cendawanku gugur...

Salam....
Sebenarnya saya & suami tengah pening sebab rak ari tu dah hampir penuh. Kena tambah rak baru la..... Kalau nak tangguh pengeluaran x boleh jugak sbb benih yg dah beli tu dah matang sangat, nanti rosak pula, membazir dan merugikan. Tp kalau beli rak tengah fikir nak letak kat mana. Sbb kat bilik projek dah x muat. Pening.....pening.

Tiba2 bedebuk.... bunyi benda jatuh. Rupa2nya beg cendawan yg baru disuntik semalam berguguran. Nasib baik cuma 3 beg aje yg pecah. Biasala dugaan tetap ada. Yg lain susun kat rak semula la. Hari tu silap sikit sbb rak tersebut berukuran 8 (panjang) x 5 (tinggi). Ingatkan dpt tahan sbb rak besi. Rupanya bila tersilap susun x dapat balance juga. Ini yg saya belajar. Lain kali kalau nak buat rak jangan lebih dari 6 kaki panjang, tak seimbang. Kecuali ada tiang kat tengah. Rak baru nanti mungkin besi juga & berukuran 5 x 5 shj. Terpaksa la letak kat bilik tetamu dulu, harap2 x da sedara menjengah dlm sebulan ni. Kalau x terpaksa tidur dgn beg cendawan yg diperam...he....he....he

Beg2 yg diperam memang perlu dipantau. Kut ada yg kena jangkitan. Ada beberapa beg yg kena jangkitan kulat hijau, yg ada ulat pun ada. Saya tak tau nak buat mcm mana. Saya cuba gaul semula, kukus dan suntik semula. Insyaallah masih boleh diguna. X tau la. Tawakkal kepada Allah.

Stok habuk kayu yg saya order ari tu agak lembab. Mungkin sbb sekarang ni asyik hujan je. Kelihatan kulat oren kat luar guni. Habuk kayu pun berketul-ketul. Jadi terpaksala dihancurkan dulu sebelum digaul. Lambat sikit la sbb saya gaul secara manual. Kalau pakai mixture x da masalah kut.

Buat masa ni saya hanya dpt menyiapkan 100 beg sehari spt yg dirancang. Dpt la sekali kukus sbb saya cuma ada 1 tong drum dan 1 dapur. Masa kursus ari tu sifu saya sarankan 1 tong drum dpt kukus dlm 91 sahaja. Tp suami saya dpt teknik utk susun 1 paras 30 beg, jd dlm 1 tong dpt memuatkan 100 beg. Padat sikit la. Tp saya harap x da effect lain.

Wassalam ....