Thursday, March 20, 2008

Maulidur Rasul

Assalamualaikum....
Hari ni saya bagging sorang2 aje sbb pembantu dah x da. Dia kena pergi PLKN. Dlm sejam jugak nak siapkan 50 beg. Nasib baik ada suami tolong gaul media. Petang nanti sambung 50 beg lagi. Mungkin malam baru boleh mula kukus. Sebenarnya hari Isnin lagi stok dah sampai. Tp sebab em-es baru buat, so kena tunggu la 3 hari. Tambahan hari ni cuti, Maulidur Rasul. Elok benar la start ari ni. Saya harap saya mampu siapkan 100 beg sehari. Itupun dah memadai dgn kudrat 4 kerat ni. Yg tengah peram tu pun makin meriah pertumbuhan maisilium dia. Harap2 x da masalah serangan kulat hijau la. Risau jugak saya. Ada la 4, 5 beg yg kena serangan. Mungkin awal2 ari tu saya x pakai musk masa menyuntik benih. Sekarang saya lebih berhati-hati dan bertambah mahir. Dulu banyak yg tumpah. Ok la lain kali saya menulis lagi. Sekarang nak pergi sambung buat kerja.

''Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Islam''.
Wassalam.......