Monday, May 19, 2008

Fraser Hill!!!

Assalamualaikum...
Sekarang ni kami sekeluarga berada di Bukit Fraser, Pahang Darul Makmur. Actually kami datang semalam lagi, bermalam kat Shahzan Inn. Semalam kami sampai dlm pukul 3 ptg. Nasib baik kami sampai ngam2 waktu naik. Kalau tidak kena tunggu 2 jam lagi sbb dia ada jadual utk naik dan turun. Perjalanan yg berliku semasa mendaki bukit tu menyebabkan si kecil saya muntah2. Kesihan dia. Saya pun rasa semacam jugak. Oleh krn dah ptg sukar jugak utk mencari tempat utk menginap. Puas pusing2 baru dpt sebuah resort yg di atas bukit. Cuaca boleh tahan sejuknya.
Kami dtg sini sebenarnya utk celebrate ulang tahun kelahiran anak sulung saya yg ke5 tahun. Kebetulan ari ni cuti sekolah sempena Hari Wesak, boleh la bawa anak2 makan angin. Pg tadi sempat la mengayuh bot kat Allan's water. Bukan main seronok lagi budak berdua tu meronda tasik. Abahnya tercungap sikit sebab kena kayuh bot.

Kat sini semua bangunan ala Inggeris. Klasik dan menarik. Sekali sekala seronok jugak melayan budak2 tu. Walaupun penat asalkan mereka seronok. Dlm duk bergembira, risau jugak cendawan kat rumah. Tak tau la apa dah jadi sbb semalam ada yg baru nak keluar. Saya dah siram banyak2. Semoga x mengecut la.

Ok la saya chow dulu sbb nak bersiap utk check out. Selamat tinggal Bukit Fraser, kalau panjang umur dan ada masa kami datang lagi. Insyaallah.
Wassalam.