Thursday, May 22, 2008

Cuti sekolah

Assalamualaikum...
Kalau kat Tganu, Ktan & Kedah, esok dah start cuti sekolah. Tp bg negeri2 lain, esok ari terakhir sekolah. Kebanyakan sekolah membuat sambutan hari guru. Teringat masa sekolah dulu2. Kalu sambutan ari guru ni, pelajar2 bukan main seronok lg melihat telatah guru2 kesayangan mereka bermain dlm apa jua permainan yg diadakan. Biasanya permainan di antara guru2 dan pelajar2. Guru2 amat sporting. Masa ni la nak tunjuk kebolehan masing2. Permainan paling digemari ialah apabila mata ditutup, kemudian tin cat digantung, lepas tu pakat2 ketuk tin tersebut. Ada yg sampai ke sasaran, tp ada juga yg melencong ke lain. Begitulah telatah guru2 yg dpt dilihat di luar kelas. Walaupun dlm kelas agak garang dan tegas, tp bila di luar kelas amat sporting dan boleh dijadikan kawan. Itula antara kenangan manis semasa zaman persekolahan dulu. Best jugak bila terkenang masa muda2 dulu kan ....

Selepas balik dr Bukit Fraser ari tu saya x sempat nak menulis sebab x berapa sihat. Nasib baik x banyak cendawan yg kecut akibat x disiram. Buat masa sekarang saya hanya menjual kpd jiran2 aje sbb pengeluaran x banyak. Lepas ni mungkin boleh dikembangkan lagi. Memang seronok melihat pertumbuhan cendawan tu. Rasa hilang penat semasa nak menyiapkan bongkah2 dulu. Yg paling penat masa nak menggaul media la. Habis keluar peluh jantan. Minggu depan saya akan balik bercuti kat kampung, risau jugak nak tinggalkan cendawan ni. Terpaksa la semuanya ditutup utk direhatkan. Kalau tidak cendawan tu tumbuh dan kecut pulak bila x disiram. Yg paling risau apabila ada yg keluar ikut beg2 yg terkoyak kat belakang. Habis la kering. Tp apa nak buat, kena balik kg jugak. Nak menjenguk org tua sementara mereka masih ada. Itulah peranan kita sebagai anak2. Kalau ada masa terluang, balik la tengok org tua. Mereka akan berasa seronok apabila anak2 pulang melawat. Insyaallah, kalau tiada halangan kami akan selalu balik kampung terutama apabila cuti sekolah. Masa ni la boleh berkumpul ramai2 dgn adik-beradik. Waktu lain masing2 sibuk dgn tugas masing2. Sehingga bertemu lagi. Bye...

Wassalam