Saturday, May 3, 2008

Buka penutup...

Assalamualaikum...
Semalam pertama kali beg2 cendawan yg dah matang dibuka. Sebenarnya kalau mengikut tarikh disuntik (23/2) dah boleh dibuka minggu lepas iaitu 2 bln tp saya delay sikit. Risau takut cendawan x keluar. Tp ada beg yg cendawan x sabar keluar ikut belakang. Mintak2 keluarla hasilnya. Kesahan saya x sabar nak merasa cendawan hasil titik peluh sendiri.

Memandangkan stok saya agak banyak jd kemungkinan saya akan menjual cendawan aje la. Kerjanya x penat sangat cuma perlu disiram aje. Rumit sikit masa nak kutip dan packing. Tp apa2 pun biarla keluar hasil dulu. Memang dulu asalnya saya nak jual beg yg dah separa matang tp susah sikit nak pasarkan coz saya buat kecil2an aje. Nak iklankan kat internet takut x mampu nak supply pulak. Tengok la mcm mana nanti...
Wassalam.