Saturday, April 26, 2008

Masa berehat....

Salam...
Buat sementara waktu ni penghasilan beg cendawan diberhentikan dulu coz banyak lagi beg2 separa matang yg x dijual. Kena jual dulu sbb x da tempat nak simpan ruang rak tidak mengizinkan. Mungkin dlm 2 minggu lagi baru boleh sambung semula. Buat masa ni saya berehat dulu la.

Saya sedang memerhati beg yg ditutup dgn akhbar lama. Nampak cantik perkembangan maisiliumnya. Cuma rumit sikit la masa menyuntik benih. Bilangan kerosakan beg juga x la banyak sangat dlm 2-3 beg aje. Lepas ni saya mungkin meneruskan dgn menggunakan akbar lama aje. Jimat sikit. Tambahan pula sekarang ni kebanyakan media utk buat beg dah bertambah, jd kalau guna surat khabar, dpt kurangkan kos. Biar lambat sikit tp perkembangan maisilium agak cepat sikit berbanding guna penutup berspan. Itu dah kira bagus kan...

Beg2 yg ada sekarang kualitinya kurang elok sikit. Mungkin krn habuk kayunya agak lembap. Sekarang saya dah mahir sikit dlm menggaul media dan proses menyuntik pun dilakukan dgn berhati-hati. Semoga kadar kerosakan dpt dikurangkan.
Wassalam...