Wednesday, April 9, 2008

Surat khabar lama...

Salam...
Rak besi dah penuh, kayu pun dah beli. Tunggu dibuat aje. Hari tu saya beli satu lagi tong drum. Bukan 1 tp separuh dr kedai besi buruk. Pd mulanya dia x nak jual, lepas dipujuk baru dia setuju. RM 15 siap potong. Ni la rupa tong drum yg sedang mengukus. Dpt memuatkan 125 beg sekali kukus. Jimat sikit. Tp sukar sikit la nak susun beg dan nak angkat bila digunakan. Berat boleh tahan.

Sekarang ni saya hanya mampu kukus 2 hari sekali aje. Sehari gaul dlm 30 kg. Mulanya memang target nak kukus setiap hari. Tp dgn kekangan yg ada, ini yg saya mampu lakukan. Tp sekarang ni stok bahan mentah dah habis, jd terpaksa la pengeluaran dihentikan sekejap. Mungkin minggu depan baru sambung semula. Lagi pun rak x siap lagi. Dah x da tempat nak letak.

Sebenarnya saya x sabar nak harvest my first batch. Kebanyakan dah putih dipenuhi maisilium. Tp stok x banyak dlm 100 beg aje sbb yg lain dah jual. Stok yg ada cuma 1/3 ditumbuhi maisilium. Yg lain kebanyakan baru disuntik. Oleh kerana penutup berspan dah habis, saya gunakan akhbar lama utk menutup beg. Lambat sikit la masa nak suntik. Tp pertumbuhan maisilium agak cepat berbanding mgunakan penutup biasa. Lepas ni mungkin saya terus mgunakan akhbar kut. Tengok la dulu. Ni la bongkah cendawan yg saya maksudkan.
Ok la saya stop kat sini dulu.
Wassalam.