Monday, April 21, 2008

PLKN...

Salam...
Hari ni (20/4) kami sekeluarga dan adik ipar (Zira/bakal doktor gigi) pergi melawat ex-pembantu saya (Suya) kat PLKN Kem De Bana, Jempol. Sebenarnya kat sana ada Hari Terbuka. Jd sedara-mara boleh dtg melawat anak @ adik yg menjadi pelatih kat sini.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam sbb kami lalu ikut Kuala Klawang. Jlnnya agak berliku, menyebabkan anak saya yg kecil 'mabuk'. Kesian dia, keletihan. Lepastu dia tidur sampai la dekat dah nak sampai. Nasib baik abg dia boleh bertahan. Kalau x naya jugak la...

Tiba kat sana, rupa2nya mereka sedang buat persembahan. Jd sempatla kami berehat sambil menonton pelatih2 menunjukkan kreativiti masing2. Ada yg menyanyi, menari, berlakon dsb nya. Ada juga pertunjukan poco2, bermain jugel dll.

Dah tamat persembahan, waktu tengah hari kami dijamu mkn tengah hari. Best jugak sbb dah lama x mkn nasi kawah. Last sekali masa belajar dulu la, kat Kolej Mara Seremban. Terkenang semasa dulu2. Beratur utk mengambil makanan dlm tray. Anak2 saya hairan sbb x mkn dlm pinggan.

Lepastu para pelawat dibenarkan melawat dorm tempat penginapan pelatih2. Kesihan bila melihat pelatih2 yg x dikunjungi oleh sapa2. Nak buat macam mana, kemungkinan faktor kejauhan yg menghalang ibubapa sbb kebanyakan mereka berasal dari luar Negeri Sembilan. Sabar la ya adik2... Kami bertolak balik dlm pukul 1.30 tgh hari.

Ingatkan nak singgah kat Mentah Resourses kat Senawang. Tp bila memikirkan jaraknya yg agak jauh jd kami x jadi pergi kat sana. Kena order la dan tunggu dia hantar. Mungkin sehari dua lagi saya boleh la menyambung semula kerja2 yg terhenti sekejap sbb x da bahan mentah. Lepas ni sibuk la sikit.

Inilah sahaja coretan saya kali ni.
Wassalam...