Assalamualaikum...
Hari ni merupakan hari pertama penulis mencatat di dalam blog ini. Blog ini dibina untuk penulis bercerita tentang pengalaman penulis dalam mengusahakan tanaman cendawan tiram kelabu. Selepas ini pasti banyak lagi perkara yang akan dikongsi oleh penulis sejak menceburi projek cendawan ini. Dalam masa yang sama penulis akan terus mengemaskini dan menaiktaraf blog ni dengan maklumat-maklumat yang berguna kepada pembaca.