Tuesday, May 13, 2008

Happy Birthday!!!

Best tengok cendawan yg 2nd batch tu. Alhamdulillah pertumbuhannya agak mengembirakan berbanding yg 1st batch walaupun keputihan maisiliumnya tidak berapa cantik. Ni boleh dijual agaknya. Yg 1st batch ari tu ada yg belum keluar lagi, x tau la bila ia nak keluar. Actually semalam bday saya dan suami. Semoga kami dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki yg halal. Semakin hari usia kita semakin bertambah. Semoga hari2 yg berlalu sudah diisi dgn perkara2 yg bermanfaat. Manakala hari2 yg mendatang dpt ditempuhi dgn ketenangan dan ketabahan. Dugaan pasti datang. Yg penting kita harus redha dgn ketentuan Ilahi.

Kami sekeluarga sempat menjamu selera kat Chalee Seafood. Makan siakap stim limau, kailan ikan masin dan udang celup tepung. Kalau dulu harga ikan siakap tu hanya RM15 sekarang dah jadi RM20. Dulu nasi putih sepinggan baru RM0.80 dah jadi RM1.00. Lauk-pauk lain walaupun harga sama tp kuantiti dah semakin sedikit. Inilah kesan kenaikan harga barang2 makanan. Amat ketara sekali. Dgn kenaikan harga beras yg mendadak, menyebabkan semua org terasa akibatnya.

Bg yg berkerjaya, beban kenaikan kurang terasa, tp mcm mana dgn penganggur yg sedang terkapai-kapai mcari pekerjaan? Org2 kampung yg bekerja sendiri. Harapkan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dgn bilangan tanggungan yg ramai. Bgmana mereka nak survive? Lagipun makanan ruji mereka adalah nasi. Tiada pilihan lain. Nak makan benda lain lagi la x mampu. Saranan kerajaan supaya bercucuk tanam boleh dipraktikkan. Tp hasilnya lambat lagi. Sedangkan masalah kenaikan dirasai sekarang. Kalau tanam cendawan pun ambil masa 2 bulan baru boleh dituai. Tanaman lain lagi la lama. Itu pun kalau ada tanah. Bg yg tinggal di flat, kondominium dll rumah yg berkongsi tanah dgn lain2 penduduk, mcm mana nak bercucuk tanam. Tak kan nak tanam padi dlm pasu bunga. Cili boleh la kut...

Sekarang sebiji nasi amat berharga. Jd janganla membazir. Lepas ni x tau la apa lagi yg bakal naik...