Monday, March 10, 2008

PRU-12

Assalamualaikum....
Cuti sek sudah bermula. Projek cendawan dihentikan sementara krn sudah kehabisan stok. Alhamdulillah semua berjalan spt yg dirancangkan. Ade la dlm 1000 beg. Rak roti dah penuh, tinggal rak baru aje belum. Dlm bulan 4 harvest la tu. Lepas cuti baru start semula. Waktu cuti ni la kita enjoy........
Tp sebelum enjoy kena menunaikan tanggungjawab dulu, mengundi la. Ni la first time saya ngundi. Thn 2004 x dpt mengundi sbb nama tak da dlm daftar pemilih. Masa belajar dulu dah pernah ngundi pilihan raya kat kampus. Saya buang undi kat sek jln 6 BBBangi. Suami kena kat sek jln bukit kajang. Seronok juga tengok kemeriahan poster dan bendera berkibaran. Kami di antara org yg terawal. Sbb lepas tu kami nak balik kg. Dlm kul 9 dah settle buang undi. Nak tau saya undi sapa, itu rahsia la. Semoga beliau menang dlm pilihan raya ni. Insyaallah........
Kami balik ganu dulu antar adik. Esok baru balik kelate. Perjalanan balik agak memenatkan sbb jln jem. Org sibuk keluar mengundi. Kami pun terperangkap sama. Kami lalu ikut muadzam shah. Memang silap percaturan saya, ingat jln tu tak jem. Rupanya jem kat bukit putus, ulu bendul. Sabar ajela. Pukul 8 mlm baru sampai ganu.
Spm mungkin keluar rabu ni. Tentu berdebar sapa2 yg tengah tunggu result, termasukla pembantu saya. Tq kak su kerana menolong. Dah harvest kak bayar upah ya. Lepas ni saya kena buat soranga2 la. Dah tak da org membantu. Kesihan saya. Itula nak jadi petani sangat. Tentu terkujat my mum bila dia tau anak dia jadi petani. Sebelum ni menganggur aje, jaga anak. Saya x nak cerita lagi. Dah berjaya baru boleh hebahkan kat org. Sekarang baru bermula projek. Tak dpt hasil lai.
Actually lama dah tak jenguk org tua kat kelate. Rindu rasanya. Last sekali balik masa anak buah meninggal bulan 11 ari tu. Kasihan kakak saya, dah la anak dia 2 org aje, tinggal 1 aje la sekarang. Dah dugaan untuknya. Semoga dia terus tabah.
Wassalam .....