Monday, March 10, 2008

Order barang

Sebenarnya ......
Rak dah ready, brg2 lain pun dah ada. Tinggal media belum order. Surf internet dpt maklumat, jd orderla media tu dr mentah resources sbb dia boleh antar sekali. Ari rabu dia antar brg esoknya terus bermula. Nasib baik ada adik2 tolong gaul media. Buat permulaan kami gaul 30kg habuk kayu. Berpeluh jugakla. Namanya perempuan. Tak pernah pegang penyodok. Ni la first time. Ramai gak jiran2 datang utk melihat. Kami mula pukul 9, pukul 11 dah siap. Tp x boleh kukus lg sebab tak penuh lg tong drum... rugi la. Ptg tu gaul lg 10kg utk membolehkannya dikukus. Dlm pukuk 8 mlm start kukus, pukul 4 pg baru siap. Sebelum lelapkan mata saya sempat kunci jam pukul 4 utk tutup api. Rasanya mlm nanti baru boleh suntik. Tunggu hero2 tu tidur dulu. Kalau tidak mereka kacau. Esoknya kami gaul 30kg lg. Begitula rutin baru hidup saya. Dlm 2 minggu ni saya harap dpt settlekan 500kg habuk kayu yg dibeli. Anggaran dpt 1000 bungkah. Lepas ni nak balik kg cuti sek. Lama tak balik kelantan jenguk mak.

Oleh krn rak roti ari tu hanya dpt muatkan 400 beg aje, saya beli satu lagi rak mgunakan besi yg boleh diubah. Seharian juga menyiapkan rak tu. Panjang 8', tinggi 5'. Harap2 dpt muat 1000 beg.

Ini la gambar suami tersayang sedang mgaul media, kudrat org lelaki kuat sikit. Adik saya sedang bagging. Nasib baik ada dia tolong. Actually dia tengah tunggu result spm. Semoga dia berjaya dgn cemerlang.

Ni beg media sedang dikukus.

Ni pula rak yg dah dipenuhi beg2. Ada yg dah dijual pd rakan2 sek suami saya. Mereka pun nak cuba tanam sendiri. Semoga mereka berjaya.

Sekian.....