Saturday, March 15, 2008

Masa menunggu .....

Assalamualaikum....
Sampai dr kg, saya terus lawat bilik cendawan, risau jugak banyak ari tinggal. Alhamdulillah x da apa2 berlaku. Kebanyakan bongkah dah separuh ditumbuhi maisilium terutama yg 1st bacth. Insyaallah dlm bulan 4 dpt dituai. Mlm tu sempat buka penutup 30 beg cendawan yg saya beli dr fatisha. Beg2 tu dah 2 kali dpt hasil. Sebelum balik saya biarkan ia berehat. Tp ada yg x sabar dah keluar ikut belakang. Nasib baik la sekarang ni hujan. Jadi x payah la siram acap kali sangat.

Ni la rupa cendawan tumbuh lepas hujan. Boleh tahan banyaknya. X sabar nak tunggu hasil kerja tangan sendiri mengeluarkan hasil. Actually beg2 separa matang dan yg dah matang tu saya letak dlm bilik yg sama, cuma rak aje diasingkan. Nantila modal banyak sikit kena buat rak kat depan rumah lak. Ingat kat bilik ni nak peram aje, yg dah matang nak letak kat luar. Senang sikit nak siram.

Sebenarnya brg2 dah order, mungkin ari isnin ni Mentah antar. So minggu depan baru boleh mula semula. Harap2 dpt maintain 100 beg sehari pun dah ok. Dgn kudrat 2 kerat ni, ditambah dgn 2 org anak tersayang yg suka sangat menolong. Belah petang boleh suami tolong. Tambahan pulak sekarang ni semuanya dibuat secara manual. Kalau dah start guna mesin mixture, mungkin dpt tingkatkan pengeluaran. Insyaallah....
Sekian.